Artikel

Foodpanda Umum Pembukaan PandaMart Ke-50, Sasar Penuhi Keperluan Asas Di Seluruh Negara

Segmen barangan runcit, sememangnya sentiasa menjadi pilihan orang awam khususnya ketika penerapan PKP ketika ini – untuk memenuhi keperluan harian mereka. Menyedari kepentingan itu, foodpanda kini antara entiti yang menjadi sebahagian menyediakan perkhidmatan tersebut.

Seiring dengan pembukaan PandaMart yang ke-50 di Malaysia, foodpanda ingin memperluaskan sektor peruncitan mereka di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, lebih 3,500 barangan runcit disediakan meliputi barangan makanan, bahan segar, keperluan lain serta ubat-ubatan dan produk penjagaan diri.

Setakat ini, cawangan PandaMart merangkumi di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bersempena dengan pengumuman menarik ini, foodpanda kini menawarkan ganjaran – peluang untuk memenangi bar emas 50 gram dengan pembelian RM30 ke atas di pandamart.

Pengguna berhak mendapat SATU penyertaan untuk setiap 5 pesanan yang dibuat dengan nilai minimum RM30 setiap satu. Tempoh pemberian hadiah untuk peraduan ini adalah dari 25 Mei hingga 7 Jun 2021. Pemenang akan diumumkan pada 11 Jun 2021. Hadiah ini merangkumi satu jongkong emas 50 gram dan empat jongkong emas 5 gram.