Artikel

Lanjutan Pengecualian Cukai Jualan Sehingga 31 Disember – Beri Kesan Positif Pada Industri Automotif

Pada sidang PEMERKASA+ semalam, antara insentif yang baik diperlihatkan adalah lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan bagi industri automotif iaitu CKD dan CBU import, sehingga 31 Disember ini.

Untuk makluman, pengenaan pengecualian cukai tersebut telah dilakukan sejak Jun 2020. Menerusi lanjutan ini ia akan memberi kesan yang positif pada jumlah pemasaran kenderaan negara. Ini tidak hanya mengukuhkan industri, bahkan memberi kelebihan kepada pengguna.

Usaha ini akan terus merangsang pertumbuhan industri automotif. Berdasarkan pengamatan firma MIDF Research – jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini akan mencecah 550,000 unit, ini bermakna pertambahan 4% pertumbuhan.

Pendekatan ini akan membantu pemain industri automotif menampung tunggakan permintaan sebelum ini, dan memenuhi permintaan setelah PKP berakhir.