Umum ketahui, dunia kini sedang berdepan dengan kemunculan varian baharu yang dikenali sebagai United Kingdom, Afrika Selatan, Brazil dan India.
Berdasarkan penilaian bersama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini telah mengklasifikasikan terma baharu pada nama varian tersebut.
Tindakan ini untuk memudahkan segala perbincangan dan mengelakkan sebarang kekeliruan. Ini kerana penggunaan nama saintifik varian berkenaan akan mewujudkan kesukaran.
- Varian United Kingdom kini dikenali sebagai > Varian Alpha
- Varian Afrika Selatan kini dikenali sebagai > Varian Beta
- Varian Brazil kini dikenali sebagai > Varian Gamma
- Varian India kini dikenali sebagai > Varian Delta