Artikel

B40, Orang Awam Dan PKS Yang Terkesan – Akan Diberi Pilihan Moratorium Automatik Atau Ansuran 50%

Susulan penangguhan operasi dan penambahan sekatan pada pelaksanaan PKP 3.0, pentadbiran negara memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat negara.

Maka, berdasarkan penilaian bersama institusi perbankan BNM – pilihan tawaran moratorium kini akan diberikan kepada semua kumpulan B40, rakyat yang terjejas pendapatan mahupun kehilangan pekerjaan beserta pemain PKS Miro yang terpaksa menangguhkan operasi premis.

Pilihan moratorium meliputi:

  • Moratorium secara automatik selama 3 bulan ataupun
  • Pengurangan bayaran balik secara ansuran dengan potongan 50% selama 6 bulan

Tindakan ini akan membantu rakyat negara yang terlibat untuk merancang kembali pengurusan kewangan mereka, di samping menerima manfaat dana tambahan yang lain.

Sebarang maklumat lanjut akan diperincikan oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Jun ini.