Sidang perutusan khas Bantuan PKP 3.0 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini (31 Mei) mengumumkan peruntukan tambahan dana dibawah PEMERKASA+ sebanyak RM40 bilion untuk membantu rakyat Malaysia.
Di bawah PEMERKASA+ kerajaan memberi tumpuan kepada 3 aspek:
- Pertingkatkan kapasiti kesihatan awam
- Meneruskan agenda rakyat
- Meneruskan kelangsungan ekonomi negara
Perdana Menteri pada sidang perutusan khas telah memperincikan beberapa peruntukan tersebut, antaranya adalah:
- RM450 juta diperuntukan untuk katil pada bahagian sistem kesihatan negara – meliputi seluruh sistem kesihatan negara.
- RM550 Juta diperuntukan untuk pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
- Melanjutkan perkhidmatan 14,000 jururawat lantikan kontrak sehingga 2022
- Pihak MOSTI kini diarahkan mempercepatkan agihan vaksinasi, setakat ini perancangan 150,000 dos vaksin sehari akan dilaksanakan. Ini termasuklah agihan secara pandu-lalu
- Pengangkutan bas, van telah digerakkan beserta pihak swasta untuk menyediakan pergerakan ke pusat vaksinasi
- Kerajaan akan meneruskan agenda prihatin rakyat – ini meliputi hak dan kebajikan para pekerja. Kerajaan akan memperuntukan RM2.1 bilion di bawah BPR. Ini bermakna dana tambahan akan diperolehi oleh rakyat negara. Ia akan disalurkan pada akhir Jun kelak.
- BNM kini bersetuju untuk menawarkan moratorium selama 3 bulan – khususnya kepada B40, rakyat yang terjejas dan PKS Mikro untuk memperolehi secara automatik. 5 Juta peminjam akan menerima manfaat ini. Pihak yang layak akan menerima pilihan sama ada menangguhkan atau melakukan ansuran pembayaran 50% selama 6 bulan.
- Pengusaha bas dan teksi yang layak turut akan menerima moratorium selama 12 bulan
Berita lanjut akan menyusul.