Hasil sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (31 Mei) telah mengumumkan bahawa sebuah pusat sehenti yang diselaraskan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan diwujudkan.
Sidang yang dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menjelaskan – tindakan sedemikian untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi berkepentingan, setelah pihak premis memperolehi pengesahan daripada kementerian yang berkaitan, mengawal selia sektor terbabit.
Maka, permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 di bawah MITI.
Para pekerja dan majikan diharapkan mengambil perhatian, untuk mengelakkan sebarang permasalahan ketika melakukan perjalanan.