Artikel

Cawangan Maybank Hanya Beroperasi Secara Janji Temu Sahaja Bermula 2 Jun 2021

Maybank sebelum ini telah mengumumkan mereka akan mengehadkan waktu operasi ketika PKP dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Terbaru, dengan pelaksanaan PKP Skala Penuh, Maybank mengumumkan semua cawangan di seluruh negara akan beroperasi secara janji temu sahaja bermula 2 Jun 2021 sehingga diberitahu kelak.

Selain itu, beberapa cawangan juga akan ditutup untuk sementara waktu.

Menggunakan sistem Maybank EzyQ, pengguna boleh melakukan janji temu, dan memilih masa untuk berkunjung ke cawangan Maybank terdekat. Langkah ini dapat mengurangkan masa menunggu, selain mengehadkan lagi pergerakan dan mengurangkan risiko terdedah dengan penularan wabak Covid-19.

Selari dengan ini juga, cawangan Maybank akan beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 2 petang. Perkhidmatan perbankan digital beroperasi seperti biasa seperti sebelum-sebelum ini.