Masalah pengangkutan nyata memberi kesan kepada penerima vaksin untuk memenuhi tuntutan temu janji suntikan vaksinasi mereka, khususnya dalam kalangan warga emas. Bagi memudahkan perjalanan itu, Grab Malaysia kini tampil dengan tawaran diskaun eksklusif kepada mereka.
Warganegara yang berusia 60 tahun ke atas yang juga pengguna Grab boleh menikmati promosi untuk semua perkhidmatan kenderaan Grab yang menawarkan potongan sehingga RM8 untuk 4 perjalanan ke mana-mana pusat vaksinasi dengan mudah apabila menggunakan aplikasi Grab mulai 12 Jun kelak.
Bagaimanapun, tawaran ini hanya boleh didapati setelah pengguna warga emas mendaftar akaun Grab dan mengesahkan usia mereka di bahagian GrabPay sebelum tarikh 7 Jun kelak.
Usaha ini bagi mengatasi permasalahan pengangkutan yang timbul sebelum ini. Sokongan Grab nyata akan memudahkan proses temu janji suntikan COVID-19 menjadi lebih lancar.
Pada masa yang sama, Grab turut akan bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan semua lokasi di pusat-pusat vaksinasi berkenaan ada di dalam aplikasi Grab.