Artikel

IHPR Pengeluaran Tempatan Papar Kenaikan 10.6% Bagi April 2021 – DOSM

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini berkongsikan data berhubung Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan. Ternyata indeks itu terus memaparkan peningkatan dengan pertumbuhan sekitar 10.6% pada rekod April 2021.

Data ini memaparkan peningkatan mata berbanding pada rekod Mac lalu, 6.7%.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, pertumbuhan ini telah disokong hasil lonjakan indeks perlombongan sekitar 92.4%. Ia turut didorong berikutan kenaikan harga komoditi, bahan mendah dan kesan asas yang rendah disebabkan pasaran global.

Tidak hanya indeks perlombongan, tetapi indeks lain seperti pertanian, perikanan, pembuatan, barangan siap dan bekalan elektrik serta gas turut memaparkan pertumbuhan.

Sementara itu, IHPR bagi negara terpilih pula turut memaparkan peningkatan berbanding data Mac 2021.