Artikel

Prestasi Eksport Malaysia Kekal Baik – Papar Lonjakan 63% Pada Data April

Prestasi eksport negara kini memaparkan perkembangan yang baik, apabila mencatatkan peningkatan 63% – dari tahun-ke-tahun pada April lalu kepada RM105.6 bilion.

Pengukuhan ini didorong hasil peningkatan barangan eksport perkilangan yang telah meningkat 65.5% kepada RM91.6 bilion. Tidak hanya itu, sentimen eksport pertanian juga turut memaparkan peningkatan 66.9% kepada RM7.8 bilion, manakala perlombongan meningkat 24.5% sehinga RM5.7 bilion.

Untuk makluman, data ini adalah pertumbuhan eksport negara terbaik sejak data Februari 1998.

Selain itu, prestasi import turut memaparkan pengukuhan dengan peningkatan 24.4% kepada RM85.14 bilion, sementara lebihan dagangan melonjak 663.5% kepada RM20.48 bilion.

Data MITI ini secara jelas menunjukkan pasaran dagangan, eksport dan import negara mencatatkan pertumbuhan yang baik. Ia turut disokong dengan kenaikan permintaan dari sektor elektrik dan elektronik (E&E), bahagian semikonduktor.

Kenaikan sokongan ini selari dengan perkembangan teknologi semasa, dalam rangkaian pendigitalan.