Firma CGS-CIMB kini menjangkakan pentadbiran negara akan mengumumkan pakej rangsangan sekitar 1.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Langkah itu dilihat penting untuk membantu orang awam yang terjejas disebabkan pelaksanaan PKP Fasa Pertama.
Nilai rangsangan sekitar RM30 bilion itu dijangka akan meliuti lanjutan program bantuan kepada kumpulan B40, subsidi upah kepada operasi perniagaan.
Malah cadangan melaksanakan penangguhan atau penawaran diskaun bagi cukai turut disaranakan. Usaha kemudahan kredit ini akan membantu orang awam meringankan bebanan tanggungan mereka.
Pada masa yang sama, CGS-CIMB turut menganggarkan kerugian bagi sektor ekonomi kali ini dilihat lebih rendah berbanding pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac lalu. Di mana, pihaknya menjangkakan kerugian yang ditanggung negara sekitar RM1 bilion sehari lebih rendah berbanding sebelum ini RM2.4 bilion sehari.
Ini bermakna dianggarkn 25% daripada KDNK Malaysia akan terjejas, susulan penutupan penuh selama 2 minggu. Bagaimanapun, langkah ini baik untuk memastikan penularan pandemik COVID-19 negara dapat dileraikan semula.