Artikel

Hanya Beberapa Segmen Kilang Dibenarkan Beroperasi, Tidak Lebihi 60% Kapasiti Pekerja

Sudah pasti ketika ini terdapat pelbagai kekeliruan berhubung pembukaan operasi sektor dan perkhidmatan – susulan penerapan PKP Fasa Satu mulai 1 Jun (esok).

Bagi memudahkan orang awam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini menyenaraikan 18 sektor pembuatan serta perkhidmatan berkaitan (MRS) yang dibenarkan beroperasi. Ini adalah senarai meliputi 60% kapasiti tenaga kerja:

  • Aeroangkasa – komponen, penyelenggaraan, penambahbaikan
  • Makanan dan Minuman
  • Pembungkusan, pencetakan
  • Bahan Pencuci, Penjagaan Diri
  • Produk Kesihatan, Perubatan – PPE, Sarung Tangan Getah, Peralatan Keselamatan
  • Elektrik dan Elektronik
  • Minyak dan Gas – petrokimia
  • Mesin dan Peralatan
  • Tekstil Pengeluaran
  • Pengeluaran, Penyulingan, Penyimpanan, Pembekalan
  • Pengagihan Bahan Api
  • Pelincir

Sementara 5 sektor ini pula meliputi penglibatan 10% pekerja sahaja, iaitu:

  • Automotif – kenderaan, komponen
  • Besi dan Keluli
  • Simen
  • Gelas
  • Seramik

Bagi sektor yang terlibat perlu memiliki surat kelulusan MITI, ia boleh dimuat turun pada portal CIMS.3.0 – COVID-19 Intelligent Management System. Manakala bagiĀ  syarikat yang telah tersedia berdaftar di bawah portal berkenaan boleh memuat turun surat kelulusan dan mengemaskini senarai pekerja mereka, mulai semalam (30 Mei).

Kebenaran ini adalah bertujuan memberi jaminan berhubung kelangsungan operasi sektor ekonomi negara. Tindakan ini berupaya menyalurkan permintaan bekalan dalam kalangan pengguna dan pasaran negara.