Artikel

Unjuran Awal Menyasarkan Kes Positif Mencapai 13,000 Sehari Jikalau Tidak Laksana PKP Skala Penuh

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memperincikan tentang senarai premis yang dibenarkan beroperasi. Pada masa yang sama, penegasan diberikan kepada orang awam untuk kekal berada di rumah.

Untuk makluman, sekiranya pelaksanaan ini tidak dapat dilakukan dengan baik – kes positif mampu mencecah sehingga 13,000 pada 14 Jun kelak. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting.

Orang awam kini hanya dibenarkan untuk keluar rumah bagi memenuhi keperluan harian, atau isu kecemasan sahaja.

Malah turut diingatkan jarak perjalanan hanya dalam lingkungan 10km sahaja dan tidak melebihi 2 orang bagi setiap kenderaan.

Tindakan ini untuk memastikan usaha melandaikan keluk penularan COVID-19 dapat diatasi dengan baik.