Dato’ Sri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) memaklumkan – bermula 1 Jun ini, para pekerja yang perlu melakukan perjalanan untuk tujuan bekerja harus memiliki surat kebenaran di bawah kementerian masing-masing, tidak lagi di bawah MITI.
Ini bermakna, segala surat kebenaran MITI hanya berkuat kuasa sehingga 31 Mei ini sahaja. Bermula 1 Jun 2021, para pekerja perlu menggunakan surat kebenaran bekerja yang dikeluarkan kementerian masing-masing. Tindakan ini berdasarkan senarai segmen ekonomi yang dibenarkan beroperasi.
Sebagai contoh, untuk sektor berkaitan pertanian, anda perlu mendapatkan surat kebenaran bekerja daripada Kementerian Pertanian.
Dengan langkah ini, pergerakkan dijangka akan dikurangkan, sekaligus mengurangkan kadar penularan wabak Covid-19.
Untuk makluman lanjut, para pekerja boleh merujuk pada laman portal kementerian yang berkaitan.