Artikel

Ini Antara Segmen Premis Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKP Fasa Pertama – MKN

Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama secara menyeluruh ini telah mengambil kira pelbagai aspek di bawah penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hari ini (30 Mei) sidang MKN mengumumkan senarai segmen premis yang dibenarkan beroperasi:

  • Makanan dan minuman
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan
  • Perniagaan dan klinik haiwan
  • Perkhidmatan Air
  • Perkhidmatan Tenaga
  • Perkhidmatan Keselamatan, kebajikan
  • Sistem pembentungan, pepejal
  • Lapangan terbang, pengangkutan, kargo, komoditi
  • Komunikasi, telekominikasi, internet, penyiaran
  • Perbankan, insurans, tkaful
  • Kredit komoniti
  • E-dagang dan teknologi maklumat
  • Pengeluaran, bahan api, bahan pelincir
  • Hotel – untuk perkhidmatan kuarantin kendiri
  • Penyelanggaraan
  • Perkhidmatan perhutanan, hidupan liar
  • Logistik – perkhidmatan kepentingan
  • Perladangan, pertanian
  • Perkhidmatan perdagangan

Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan kecuali senarai dibawah. Hanya 60% tenaga kerja kilang dibenarkan bekerja.

  • perkilangan makanan dan minuman
  • pembungkusan
  • penjagaan diri, kesihatan, perubatan

Pada masa yang sama, MKN menegaskan premis pusat membeli-belah tidak dibenarkan beroperasi, hanya bahagaian barangan runcit sahaja yang kekal dibuka.

Sebarang maklumat lanjut, orang awam diminta merujuk pada laman sesawang MKN dan setiap kementerian yang terlibat.