Artikel

Malaysia Laksana PKP Skala Penuh Mulai 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 – Penutupan Penuh Sektor Sosial, Ekonomi

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan skala penuh Fasa Pertama – dimana penutupan sektor sosial dan ekonomi berkuat kuasa mulai 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 ini.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor berkepentingan sahaja iaitu sektor ekonomi tertentu dan perkhidmatan terpilih.

Keputusan ini dibuat berasaskan penilaian risiko bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia, rententan penularan kes positif semakin meningkat cecah lebihi 8,000 kes.

Semua orang awam diminta untuk kekal dirumah dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Sementara itu berhubung pakej bantuan – Kementerian Kewangan (MOF akan memperincikan perihal tersebut untuk membantu orang awam dan sektor ekonomi yang terkesan.