Artikel

24 Kluster Hari Raya Aidilfitri Telah Direkodkan – Cetus 850 Kes Positif COVID-19

Meskipun kerajaan tidak membenarkan sebarang perjalanan rentas negeri, daerah dan ziarah-menziarahi, masih ada pihak yang enggan mematuhi arahan tersebut.

Setakat 27 Mei, sebanyak 24 kluster Hari Raya Aidilfitri direkodkan negara. Ini meliputi pengesanan 850 kes positif dan 3,309 individu telah jalani ujian saringan.

Ketidakpatuhan ini nyata memberi kesan yang mendalam kepada penularan kes di Malaysia. Khususnya bagi mereka yang tidak menunjukkan sebarang gejala dan terdedah akan risiko varian baharu iaitu varian kebimbangan (VOC).

Orang awam dinasihatkan untuk kekal mematuhi garis panduan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan diri dan elakkan berada di tempat awam yang sesak. Tindakan ini akan membantu Malaysia tangani penularan pandemik.