Rentetan sekatan dan peningkatan kes penularan COVID-19 di negeri Sarawak, kini kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan menyalurkan dana sokongan berjumlah RM970 juta di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 kepada seluruh penduduk negeri tersebut.
Ini antara dana bantuan yang akan disalurkan:
- Isi rumah B40 akan menerima RM250 setiap bulan selama 6 bulan
- Individu bujang B40 pula menerima dana RM500 one-off
- Pengamal media perolehi RM1,500 one-off
- Peniaga dan penjaja kecil akan menerima biaya RM1,500 menerusi SarawakPay
- Tukang Sampan perolehi RM500 one-off
- Petugas Barisan Hadapan akan menerima elaun bulanan sekitar RM200-RM300
- Guru dan Pemandu Seru-Pandu akan menerima RM500 one-off
- Pemandu Van, Bas Sekolah, Teksi akan terima RM600 one-off
- Program Bakul Makanan disediakan – agihan RM250 untuk setiap DUN negeri (ini merangkumi RM25.5 juta)
- Diskaun elektrik dan air diberikan kepada penduduk di Sarawak
- Inisiatif di bawah pakejĀ Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 5.0) masih sedang diteruskan