Artikel

Mulai Jun – Lebih 500,000 Pekerja Sektor Peruncitan Terima Suntikan Vaksin

Di bawah pelaksanaan Program Vaksinasi Barisan Hadapan Ekonomi, lebih 500,000 pekerja sektor peruncitan akan mulai menerima suntikan vaksin pada Jun ini.

Kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta CITF – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 ini bagi memastikan tahap kesihatan para pekerja terus terjamin.

Ini kerana, para pekerja bertindak selaku barisan hadapan ekonomi dalam memastikan kelangsungan operasi sektor ekonomi negara terus berlaku.

Menerusi usaha baik ini, ia akan membantu sasaran kerajaan mencapai paras imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat negara.

Untuk makluman, KPDNHEP akan menyelaraskan rancangan program vaksinasi tersebut bersama seluruh pemain industri yang terlibat.

Bagi mana-mana syarikat yang berminat menyertai program ini boleh mengemukakan permohonan menerusi portal Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) atau merujuk Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian 03-882-5881/5905 atau emel [email protected]