Artikel

Selangor, Johor Dan Pulau Pinang – Rekod Kluster Tempat Kerja Tertinggi, 233 Kluster Masih Aktif

Tidak hanya kluster merentas daerah dan negeri yang memaparkan peningkatan – namun kluster tempat kerja turut melonjak. Apabila, penilaian berasaskan 1 April hingga 26 Mei – sekitar 233 kluster tempat kerja di Malaysia masih aktif.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham semalam (27 Mei) menunjukkan daripada kluster tersebut, sejumlah 16,785 kes positif yang masih aktif.

Malah, KKM juga dapati terdapat 3 negeri yang mencatatkan kluster tempat kerja tertinggi dalam tempoh April-Mei – iaitu Selangor (74 kluster), Johor (53 kluster) dan Pulau Pinang (31 kluster).

Antara sektor ekonomi yang menyumbang kepada kluster ini adalah kilang (132 kluster) dan perkhidmatan (57 kluster).

Melihat pada situasi ini, KKM menegaskan agar para majikan untuk terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Tindakan ini dapat mengimbangi operasi premis tanpa mengugat sebarang kesihatan pekerja dan orang awam.

Peranan yang berdisplin ini mampu membantu sistem kesihatan dan petugas barisan hadapan, mendepani penularan pandemik COVID-19 negara.