Susulan peningkatan kes COVID-19 di peringkat global, Singapura kini mencapai kata sepakat untuk tidak menghantar rombongan jemaah haji mereka pada tahun ini, 2021.
Menurut Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) – situasi semasa pandemik COVID-19 masih lagi tidak menentu dan ini perlu diberi perhatian. Tambahan kemunculan varian baharu seperti varian kebimbangan (VOC) meningkatkan lagi risiko peningkatan wabak.
Walaupun semua negara telah mulai melaksanakan fasa vaksinasi namun ia masih di paras yang rendah.
Keputusan ini, tidak menidakkan pengurusan pandemik Arab Saudi. Akan tetapi, pertimbangan melibatkan kesihatan orang awam Singapura perlu diberi keutamaan.
Setakat ini, pengaturan semula giliran menunaikan ibadah tersebut akan dilaksanakan pada tahun berikutnya.