Artikel

TNB Catat Peningkatan Keuntungan Bersih – Melonjak Kepada RM958.7 Juta

Suku pertama 2021 yang berakhir pada 31 Mac lalu memperlihatkan peningkatan pada prestasi Tenaga Nasional Bhd (TNB), di mana keuntungan bersih mencatatkan RM958.7 juta.

Lonjakan sehingga 33.5%, nyata lebih tinggi berbanding tempo yang sama pada tahun lalu.

Namun begitu, pendapatan entiti memaparkan penyusutan kecil kepada RM11.48 bilion, sementara keuntungan operasi menunjukkan peningkatan kepada RM2.33 bilion – berikutan kos perbelanjaan berkurangan.

Bagi jangkaan pertumbuhan, TNB menyasarkan impak terhadap operasi syarikat pada tahun ini lebih rendah berbanding tahun lalu. Ini kerana, meskipun berdepan dengan sekatan tambahan namun pelbagai sektor ekonomi masih kekal dibuka dan beroperasi.