Artikel

Sarawak Laksana PKP Mulai 29 Mei Sehingga 11 Jun Ini

Mulai 29 Mei sehingga 11 Jun 2021, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sarawak.

Tindakan ini berikutan peningkatan kes dan untuk melandaikan semula keluk penularan yang lebih teruk di negeri tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatakuasa Pengurusan Bencana Negeri sarawak – Datuk amar Douglas Uggah Embas – langkah ini mengambil kira pelbagai faktor.

Kehadiran varian baharu dan peningkatan kes telah meningkatkan kadar risiko negara.