Negara kini merekodkan lebih 100,000 panggilan orang awam yang memerlukan sokongan moral. Ternyata krisis semasa ketika ini telah meningkatkan kadar isu kesihatan mental Malaysia.
Datuk Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan negara menyatakan peningkatan kadar ini berlaku berikutan krisis yang di alami, merangkumi krisis kewangan, pendapatan terjejas, tekanan pekerjaan, persekitaran dan isu keluarga.
Untuk makluman, perolehan angka panggilan itu meliputi talian bantuan dari Psikososial KKM, Mercy Malaysia, Talian Kasih, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim. Berdasarkan peratusan, 91.2% memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.
Selain itu, antara aspek yang mendorong kepada isu kesihatan mental juga adalah stigma terhadap jangkitan COVID-19 dan kekurangan akses bantuan ketika PKP.
Menyedari kepentingan menangani dan mengawal tahap kesihatan orang awam – KKM kini akan menyalurkan peruntukan kepada badan NGO (bukan kerajaan) untuk memberikan latihan kepada orang awam, kesedaran berhubung kesihatan mental.
Malah, lanjutan perkhidmatan 200 pegawai psikologi akan dilaksanakan sehingga 2022 – langkah ini membantu petugas barisan hadapan mendepani dan memberi sokongan moral kepada orang awam.