Artikel

Tinjauan Dapati – Pengguna Boleh Melanggan Disney+ Hotstar, Sekiranya Berhenti Berbelanja 26 Cawan ‘Bubble Tea’

Tidak hanya 26 cawan minuman Boba, bahkan berhenti membeli 44 paket mee segera Maggi juga mampu membantu pelanggan di Malaysia melanggan Disney+ Hotstar.

Tinjauan iPrice kini telah merangkumkan pilihan platform penstriman di Malaysia untuk para pengguna ketika konsep Bekerja Dari Rumah telah ditetapkan pada PKP 3.0 ini.

Di bawah rangkuman ini langganan premium tahunan Netflix berharga RM660 dengan 4 skrin yang boleh anda tonton secara serentak. Nampaknya ini adalah perjanjian termahal. Menurut penyelidikan iPrice, jumlah ini bersamaan dengan cawan 77 teh susu boba. Bagaimanapun, pengguna Netflix dapat nikmati tawaran ini dengan berkongsi akaun penstriman mereka bersama rakan dan ahli keluarga.

Berbeza pula dengan kehadiran Disney+ Hotstar pada 1 Jun ini – di mana ia menawarkan harga penstriman yang jauh lebih rendah berbanding pesaing lain iaitu RM54.90/suku tahunan atau RM220/tahunan . Ia didatangi dengan pelbagai genre filem dan siri televisyen seperti membolehkan pengguna menonton filem Disney, Marvel, Pixar, dan National Geographic. Pilihan ini nyata baik untuk semua pengguna, khususnya di kala pawagam terpaksan menangguhkan operasi mereka.

Sementara itu, HBO Go pula tampil menawarkan langganan tahunan RM419 (atau 49 cawan boba ukuran biasa) dan langganan Amazon Prime pula bersamaan dengan 59 bungkus Maggi berperisa kari.

Menerusi tinjauan ini, secara jelas dapat membantu para pengguna di Malaysia menjimatkan pembelian makanan dan minuman mereka, untuk menikmati kandungan penstriman ketika berada di rumah. Bagi mengetahui maklumat lanjut, para pembaca boleh layari pada pautan laporan iPrice: You Can Afford a One-Year Disney+ Hotstar Subscription if You Stop Drinking 26 Cups of Boba, Says Research.