Artikel

Gagal Menghadiri Sesi Suntikan Vaksin, Individu Terlibat Wajar Dikenakan Kompaun – Laporan

Perolehan vaksin bagi setiap individu kini telah ditetapkan berdasarkan pendaftaran masing-masing. Kegagalan memenuhi tuntutan tersebut tanpa alasan yang munasabah, seharusnya wajar dikenakan tindakan kompaun.

Berdasarkan laporan Berita Harian – Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George – kegagalan sedemikian akan menganggu kelangsungan operasi imunisasi negara untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

Tindakan segelintir individu yang enggan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang ditetapkan tanpa memiliki alasan yang setimpal, menjadikan proses ini sedikit perlahan.

Isu ini tidak hanya mengancam keselamatan kesihatan semasa, namun turut memberi kesan kepada keselamatan vaksin yang memiliki tempoh tertentu.