Artikel

Sekitar 6,291 Kes Positif COVID-19, Berpunca Dari Kluster Rentas Negeri – MKN

Ekoran peningkatan kes positif COVID-19 sepanjang April-Mei ini, antara punca penularan sedemikian meluas adalah disebabkan kluster rentas negeri.

Setakat ini, sekitar 19 kluster daripada 50 kluster adalah membabitkan tindakan merentas negeri. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri sehinggan sebanyak 1,966 kluster telah dicatatkan.

Terdapat 528 kluster yang masih aktif sementara 1,438 kluster pula telah diisytiharkan tamat. Melihat pada momentum krisis kesihatan negara ketika ini – kadar kebolehjangkitan (Rt) telah meningkat ke paras 1.21.

Peningkatan ini akan turut disokong dengan kehadiran varian kebimbangan dalam komuniti. Maka, tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan pergerakan, boleh meningkatkan lagi risiko penularan tersebut.

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) peningkatan kes tidak hanya berlaku di Malaysia, bahkan turut di alami negara jiran.

Namun begitu, hari ini (27 Mei) peningkatan kes menghampiri 8,000 – nyata meningkatkan lagi kebimbangan orang awam.

Semua pihak diminta untuk terus mematuhi SOP dan garis pematuhan yang ditetapkan. Tindakan integriti ini mampu membantu sistem kesihatan dan petugas barisan hadapan melandaikan keluk penularan negara.