Pinjaman kerajaan setakat Mei 2021 ini adalah sekitar RM99.3 bilion, bukanlah berjumlah RM115.53 bilion seperti yang diperkatakan sebelum ini.
Menurut Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara (MOF) menjelaskan kerajaan tidak menggunakan Ordinan Darurat bagi menambah sebarang perbelanjaan kerajaan melebihi had siling yang diluluskan di bawah Parlimen, Ogos 2020.
Amaun pinjaman terkini adalah tertakluk pada kelulusan yang telah diperolehi pada sidang Belanjawan 2021 lalu.
Tengku Zafrul turut memperincikan pinjaman yang dilakukan Petronas dan Khazanah Nasional adalah berbeza. Ia bukanlah hutang di bawah kerajaan Persekutuan, ia berasingan kepada hutang syarikat itu sendiri.
Selain itu, isu berhubung baki hutang melibatkan 1MDB, SRC, Suria Strategic Energy Resources juga turut diperjelaskan. Terdapat baki hutang merangkumi kadar faedah dan prinsipal sekitar RM42.3 bilion.
Menerusi baki ini sepatutnya ia dapat diserapkan pada perbelanjaan fiskal negara untuk memenuhi krisis semasa. Namun kekangan berikutan hutang ini, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, berkenaan hutang negara – kadar tersebut masih tidak melepasi had siling yang ditetapkan.
Pihaknya mengunjurkan peratusan bagi kadar hutang kepada KDNK ini akan mencecah sekitar 58.5% menjelang akhir tahun ini. Pihak kewangan masil lagi optimis – meskipun, Malaysia memiliki nilai defisit yang tinggi, tindakan tersebut adalah untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara.