Suku pertama memperlihatkan Pos Laju Malaysia Berhad catat kerugian bersih sekitar RM45.69 juta pada laporan kewangan berakhir 31 Mac 2021 lalu.
Kerugian yang dicatatkan lebih kecil berbanding nilai kerugian pada suku pertama tahun 2020, sejumlah RM46.23 juta.
Meskipun mengalami nilai penyusutan kecil namun pendapatan kumpulan memaparkan lonjakan kepada RM595.28 juta untuk suku semasa berbanding tahun lalu.
Antara cabaran di bawah pemerhatian adalah peningkatan kes positif COVID-19 mampu membawa risiko kepada penutupan sementara operasi. Maka, Pos Malaysia kini telah mengorak penerapan yang tinggi pada SOP – untuk menjamin kelangsungan permintaan unit penghantaran kepada pelanggan.
Tindakan ini akan membantu prospek jangka masa pendek kumpulan kekal stabil. Setakat ini, tiada sebarang dividen bagi suku semasa dimaklumkan.