Artikel

Perkhidmatan DS Tajuddin Selaku Pengerusi Prasarana Kini Ditamatkan Serta-Merta – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) negara kini mengesahkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd kini ditamatkan serta-merta.

Tindakan ini dilaporkan Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad ditamatkan serta-merta.

Untuk makluman DS Tajuddin telah berada ditampuk pimpinan Prasarana sejak 11 Mei 2020 lagi. Berdasarkan laporan DS Tajuddin sendiri telah mengesahkan penamatan perkhidmatannya.