Artikel

Harga Minyak Petrol Masih Kekal – RON95 Di Paras Siling, Sementara RON97 RM2.61 Sen Seliter

Berdasarkan penetapan harga runcit minyak petrol negara esok, ia menunjukkan pengekalan seperti minggu lalu.

Melalui penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 27 Mei 2021 hingga 2 Jun 2021.

RON97 kekal dengan catatan RM2.61 sen seliter, RON95 juga kekal di paras harga yang sama iaitu RM2.05 sen seliter – ini disebabkan penetapan harga siling.

Diesel turut kekal pada paras harga RM2.15 sen seliter.

Kerajaan kini akan terus memantau sebarang kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi menjamin kesejahteraan rakyat negara.