Prestasi kumpulan MR DIY diperlihatkan kekal utuh, apabila berdasarkan penilaian kedudukannya pada pasaran modal kini di paras ke-20.
Kedudukan itu nyata disasarkan mampu mengatasi Supermax Corporation Bhd pada senarai indeks FBM KLCI.
Untuk makluman, FBM KLCI adalah indeks pasaran saham negara yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran yang memenuhi syarat kelayakan Peraturan FTSE Bursa Malaysia Index Ground.
Tinjauan CGS-CIMB mengusulkan MR DIY untuk diserapkan dalam komponen KLCI pada penilaian akan datang menggantikan Supermax Corp. Ini kerana, setakat 24 Mei – Supermax Corp telah mencatatkan permodalan pasaran paling rendah untuk senarai 30 syarikat tersebut.
Bagi pengetahuan umum, penyertaan MR DIY pada papan pasaran telah bermula sejak Oktober 2020 dan kini saham syarikat telah mulai meningkat. Melebihi 170%.