Artikel

Sekitar 5,867 Petugas Media Berdaftar – Akan Terima Suntikan Vaksin Dalam Tempoh Terdekat

Mengambilkira peranan media dalam membantu menyampaikan maklumat dan sering terdedah akan risiko penularan COVID-19. Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan – agensi media berdaftar akan terima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Tindakan ini dilihat wajar danĀ  telah diteliti bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF). Menerusi kenyataan itu, CITF kini bersama Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) telah berkerjasama memperincikan butiran pengamal media yang terlibat.

Berdasarkan jangkaan, sekitar 5,867 pengamal media akan mulai menerima suntikan vaksin pada bulan ini.