Artikel

Tindakan Mengabaikan Saranan KKM, Sekadar Meningkatkan Lagi Risiko Penularan COVID-19

Hari ini (25 Mei) menjadi hari pertama Malaysia mencatatkan angka kes positif berjumlah 7,289 kes. Melihat situasi semasa, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham memberi penegasan untuk orang awam lebih bersedia mendepani sebarang kemungkinan kelak.

Peningkatan kes sejak 1 April lalu telah memperlihatkan lonjakan pada angka keseluruhan kes harian – ini bermakna kadar pematuhan yang kurang tinggi mendorong peningkatan tersebut.

Melalui pematuhan untuk kekal di rumah, usaha petugas barisan hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

DG Hisham menegaskan, mengabaikan fakta sedemikian tidak akan membantu mana-mana pihak dalam mendepani penularan COVID-19 yang semakin meruncing di Malaysia. Sekiranya tiada keperluan di luar, orang awam diminta untuk terus kekal berada di rumah.