Bagi memperluaskan ekosistem teknologi kewangan islam negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini mulai menampilkan FIKRA – Islamic Fintech Accelerator Programme.
Ia berperanan dalam mengetengahkan pasaran modal Islam, kewangan sosial dan akses perkhidmatan. Untuk makuman ini meliputi kerjasama bersama Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF).
Menerusi perluasan ini, ia akan membantu mengukuhkan pengaturan perkhidmatan patuh syariah ini pada peringkat komersial. Di mana penyertaan pemain industri kini digalakkan untuk membawa pelbagai idea produk ke peringkat pelaburan.
Untuk makluman, program ini bermula pada Julai 2021 kelak selama 3 bulan, manakala tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun ini.
Sebarang maklumat lanjut – pihak yang berminat boleh melayari pautan UNCDF.