Artikel

Pelaburan Langsung Asing FDI Negara Akan Terus Terjejas, Sekiranya Sektor Melibatkan Eksport Ditutup

Kemasukan aliran pelaburan asing (FDI) Malaysia sebelum ini telah memaparkan kemerosotan pada tahun lalu, dengan penurunan 68% iaitu AS$2.5 bilion sahaja. Namun menerusi langkah sekatan tambahan, ia cenderung meningkatkan risiko penurunan pada tahun ini.

Berdasarkan laporan, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School – Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi menyatakan sekatan ketika ini masih membenarkan operasi sektor berkepentingan pada eksport negara beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun sekiranya langkah penutupan dilaksanakan ke atas sektor seperti pembuatan dan semikonduktor ini ia akan memberi kesan kepada pemusatan pengeluaran produk. Di mana peralihan pengeluaran bekalan akan berpotensi untuk berubah.

Jangkaan itu akan memberi kesan kepada pasaran, pelabur, dan pemain industri pengilang. Tidak hanya itu, para peniaga kecil yang memiliki kaitan pada pengeluaran produk turut alami kesan yang sama.

Memahami saranan penutupan ekonomi untuk mendepani pandemik, namun tahap kesihatan pertumbuhan ekonomi juga harus dititikberatkan. Cadangan ketika ini adalah melaksanakan kerjasa bersama pihak swasta untuk meningkatkan kembali ruang pelaburan asing. Khususnya pada industri yang sedang berkembang seperti teknologi maklumat, farmasi, logistik dan petrokimia.

Selain itu, pentadbiran negara harus mengemukakan strategi atau pematuhan SOP yang bertepatan untuk semua sektor ekonomi negara. Tindakan kesiapsiagaan ini akan membantu pemain industri melengkapi diri mereka dengan sebarang risiko setelah keluk penularan kembali menurun.