Dutch Lady Malaysia kini mencatatkan keuntungan bersih RM16.87 juta untuk suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2021.
Angka ini menunjukkan penurunan berbanding RM22.73 juta pada suku pertama 2020.
Penyusutan ini bagi mengimbangi perbelanjaan overhed iaitu kos tambahan langsung atau tidak langsung serta peningkatan harga bahan mentah tenusu global.
Meskipun tekanan sedang dialami entiti namun operasi syarikat masih lagi berupaya berada di paras kapasiti penuh untuk memenuhi permintaan dagangan.
Dutch Lady bagaimanapun menyasarkan pasaran ketika ini masih tidak stabil berikutan ketidaktentuan domestik. Sementara itu, harga tenusu global dijangka kekal tinggi bagi tahun ini.
Untuk perancangan semasa, sekitar RM340 juta akan diperuntukkan pada bahagian pengilangan antara 2021 sehingga 2025 kelak.