Artikel

Facebook Berdepan Penyusutan 30%, Di Kala TikTok Meniti Lonjakan Populariti – Tinjauan

Populariti aplikasi TikTok dan kemasan dasar privasi Apple kini diperlihatkan telah mengugat kreadibiliti Facebook – apabila mencatatkan penurunan 30% muat turun. Ini adalah rekod berdasarkan sentimen data Google Play dan App Store.

Sebelum ini, Mei 2020 – Facebook mencatatkan 15 juta muat turun seminggu namun pada April 2021 hanya 11 juta muat turun dicatatkan.

Berdasarkan tinjauan AppFigures minggu lalu, pemerhatian menunjukkan para pengguna kini lebih memilih aplikasi rangkaian sosial baharu dan sebilangannya telah memadam atau menyahaktifkan akaun mereka.

Penyusutan ini tidak hanya memberi kesan kepada Facebook, bahkan pengiklan di bawah aplikasi terbabit. Untuk makluman, menerusi tinjauan TikTok telah dimuat turun sebanyak 15.9 juta kali berbanding Facebook 9.9 juta kali pada data App Store.

Kenyataan ini secara langsung memperkukuhkan kedudukan TikTok selaku aplikasi yang digemari ramai dengan data muat turun pada April 2021 lalu – telah mencecah 51 juta muat turun.

Namun, Facebook masih lagi utuh berbekalkan lebih 2.8 bilion pengguna aktif mereka. Ia masih lagi sebuah entiti gergasi media sosial dunia.

Tidak hanya saingan sengit yang sedang didepani Facebook, namun isu berhubung perlindungan dan privasi data pengguna juga masih lagi menjadi igauan pengguna mereka.