Artikel

Bas Perantara Percuma Disediakan, Atasi Kesesakan Penumpang Di LRT Pasar Seni, Ampang Park – Prasarana Malaysia

Susulan kemalangan yang berlaku pada perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya semalam (24 Mei), Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan operasi LRT masih seperi biasa namun kesesakan di lapangan akan disokong dengan penyediaan bas perantara percuma.

Akibat insiden tersebut, kekerapan perjalanan tren mengambil masa 10 minit pada waktu puncak – ini memerlukan kerjasama semua penumpang untuk menunggu lebih lama.

Maka, untuk mengawal situasi itu, 5 buah bas perantara kini telah disediakan untuk membawa para penumpang dari Stesen LRT Pasar Seni, Ampang Park untuk mana-mana laluan.

Kekerapan bas perantara ini adalah sekitar 15 minit hingga 20 minit.

Orang awam diminta untuk merancang perjalanan anda, bagi memastikan tiada kesesakan berterusan berlaku. Pada masa yang sama orang awam diminta sentiasa mengamalkan pematuhan SOP.