Artikel

Setakat 20 Mei, 863 Premis Kilang Terima Amaran Berhubung Pematuhan SOP – MITI

Kementerian Perdagangan Antrabangsa dan Industri (MITI) kini telah menjalankan pemantauan ke atas premis perniagaan berhubung pematuhan SOP yang ditetapkan.

Setakat 20 Mei lalu, sekitar 24,181 premis melibat 14 sektor ekonomi telah dilaksanakan. Bardasarkan angka itu, ia meliput 1,400 premis kilang yang telah disemak pengurusan mereka.

Sejumlah 863 premis kilang telah diberi teguran berhubung penyelarasan SOP mereka, sementar 20 premis telah dikompaun dan 61 premis pula telah diarahkan menutup operasi.

Buat masa ini, hanya 412 premis kilang sahaja yang mematuhi penguatkuasaan SOP yang ditetapkan pada semakan MITI.

Untuk makluman, semakan ini akan dilakukan secara rawak oleh pihak kementerian dan agensi lain berpandukan laporan dan aduan orang awam. Semua pihak diminta untuk kekal mematuhi garis panduan yang ditetapkan, ini termasuklah premis perniagaan dan secara individu.