Artikel

Boost Holdings Kini Perolehi 68.75% Saham KIMO, Fintech Milik Indonesia

Syarikat perkhidmatan teknologi kewangan Axiata Digital, Boost Holdings kini telah memperolehi 68.75% ekuiti pada KIMO –  di bawah syarikat digital PT Creative Mobile, entiti Indonesia.

Menerusi perolehan ekuiti ia akan meningkatkan lagi potensi tawaran perkhidmatan fintech pada peringkat global. Malah, aturan ini akan memperlihatkan perkongsian perniagaan bersama jenama KIMO.

Ini akan membuka kepada akses yang lebih luas pada ekosistem dagangan negara, khususnya PKS Mikro yang kurang mendapat perhatian berhubung kemudahan perkhidmatan kewangan.

Menurut Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital dan Pengerusi Boost Holdings perancangan itu telah dibentuk sejak 2014 dan kini perkhidmatan menjadi suatu keperluan pada semua pihak.

Bersama KIMO, ia akan memperkukuhkan lagi sentimen Boost Holdings bagi penawaran fintech. Untuk makluman, tahun lalu sekitar RM207 juta pembiayaan telah diagihkan bagi membantu lebih 9,000 PKS Mikro mengatasi isu krisis kewangan.