Susulan had masa yang ditetapkan selama 2 jam kepada pelanggan untuk kemasukan premis peruncitan termasuklah pusat membeli-belah bermula 25 Mei kelak, dilihat sukar untuk dipantau.
Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia pada laporan Berita Harian hari ini, menyatakan tindakan pemantauan itu tidak praktikal, khususnya untuk sebuah premis yang pesat.
Ia diperhatikan diluar kawalan pihak pengurusan – pihaknya perlu meletakkan papan tanda peringatan kepada pelanggan dan melakukan pengumuman dari semasa ke semasa. Kerjasama pematuhan dari pelanggan berhubung had masa amat diperlukan.
Oleh itu, pihak pengurusan mengusulkan tiada sebarang denda dilakukan pihak berkuasa sekiranya kawalan tersebut tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
Untuk makluman, tindakan mengehadkan tempoh kemasukan ini dilakukan berdasarkan rekod tempat letak kereta di pusat membeli belah sebelum ini. Di mana rata-rata pengguna ketika PKP sebelum ini menghabiskan masa sehingga sejam setengah. Maka had masa 2 jam itu dilihat bertepatan dengan operasi sedia kala.