Artikel

20% KDNK Diperuntukkan – Untuk Bantu Rakyat Malaysia

Malaysia kini menghampiri angka 7,000 kes positif harian (setakat 23 Mei) – melihat aliran itu, warga penduduk di negara kini disarankan laksana self-lockdown atau sekatan kendiri.

Perkara ini telah dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang temubual khas RTM semalam bahawa tindakan sedemikian akan membantu memperkasakan lagi usaha kerajaan ketika ini.

Do your own lockdown, buat sekatan pergerakan kendiri – stay at home and tell others to do the same thing kerana apapun usaha yang dibuat tidak akan berkesan jika rakyat tidak patuh kepada SOP ditetapkan.

Sebelum ini, 20% daripada KDNK Malaysia telah diperuntukkan untuk membantu masyarakat, meliputi pada 5 pakej rangsangan, iaitu:

  • Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) – RM250 bilion
  • Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – RM9 bilion
  • Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) – RM15 bilion
  • MyDigital
  • Program Strategi Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) – RM20 bilion

Penambahan sekatan ini adalah untuk mengimbangi semula situasi kesihatan dan ekonomi negara. Berdasarkan tinjaun, meskipun telah melebihi setahun pandemik – masih ada sekelompok kecil individu yang ingkar akan pematuhan SOP.

Kesan kecil ini akan membawa padah yang besar pada sekumpulan besar masyarakat negara.

Kenyataan itu turut disokong KKM, apabila sebelum ini Ketua Pegarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham telah merayu, memohon orang awam kekal di rumah. Sekurang-kurangnya selama 2 minggu, bagi melandaikan kembali keluk penularan COVID-19 negara.