Artikel

Industri Perkahwinan Berdepan Risiko Kerugian Tinggi Sekiranya Sekatan Berterusan

Sekatan tambahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini nyata mengusarkan semua pihak, khususnya ke atas 35 sektor yang terlibat dengan industri perkahwinan negara.

Untuk makluman terdapat lebih 62,000 pekerja pada industri ini yang terpaksa menanggung kerugian berikutan sekatan tersebut. Meskipun acara akad nikah masih dibenarkan namun pengaturan majlis perkahwinan harus berdepan penangguhan.

Berdasarkan data sebelum ini, purata jumlah majlis perkahwinan adalah dalam kitaran 206,000 setahun – akan tetapi disebabkan sekatan larangan ini, pengusaha perkahwinan akan mengalami nilai kerugian tahunan sekitar RM10.3 bilion.

Kerugian tersebut merangkumi pengaturacara majlis, bahagian makanan, perkhidmatan tambahan, sewaan premis, jurumekap serta jurugambar.

Malah apa yang membimbangkan adalah dari segi tuntutan serta pampasan yang perlu diteliti oleh pihak pemain industri. Kos tanggungan yang besar diperlihatkan merugikan kedua pihak.