Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat kecelaruan yang timbul berikutan perubahan SOP – Prosedur Operasi Standard mengikut situasi semasa COVID-19 negara.
Menurutnya pada sidang temubual khas RTM sebentar tadi – penyelarasan itu di bawah penguatkuasaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ia berpandukan Akta 342, iaitu pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Penyelarasan yang berbeza ini penting untuk dilakukan, ia telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak seperti kesihatan, ekonomi, sosial dan keagamaan. Segala penelitian perlu diperincikan – tindakan ini yang mendorong perubahan SOP dari semasa ke semasa.
Pemahaman orang awam amat dialukan PM Muhyiddin, beliau memahami kebimbangan yang dizahirkan namun gandingan semua pihak untuk menangani penularan COVID-19 ini harus dilaksanakan bersama.
Tindakan sekatan tambahan ini tidak hanya membantu sistem kesihatan negara namun turut menyeimbangkan semula sektor ekonomi, suku pertama 2021 telah mulai menunjukkan peningkatan positif pada pertumbuhan.