Artikel

PKP 3.1 : Tempoh Pelanggan Dalam Premis Peruncitkan Dihadkan Maksimum 2 Jam Bermula 25 Mei 2021

Pihak berkuasa kini telah pun mengumumkan lanjutan kepada Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 bermula 25 Mei 2021, yang akan mengetatkan lagi beberapa SOP melibatkan ekonomi dan sosial.

Antaranya adalah termasuk tempoh operasi, dan had pekerja di sesuatu lokasi.

Disamping itu, kini ia turut dikongsikan yang mana orang ramai akan dihadkann kepada hanya berada di premis peruncitan selama 2 jam sahaja bermula 25 Mei 2021. Tempoh maksimum ini adalah termasuk di pusat membeli-belah.

Langkah ini diambil dalam terus mengehadkan pergerakan orang ramai di luar, sekaligus mengurangkan kebarangkalian untuk terdedah kepada virus Covid-19 di komuniti.

Disamping had masa ini, operasi pelbagai premis peruncitan juga dihadkan antara 8 pagi hingga 8 malam bermmula 25 Mei 2021 ini.