Artikel

Sekiranya Tergolong Dalam Kontak Kasual, Anda Dikehendaki Kuarantin Kendiri – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengingatkan orang awam untuk sentiasa menyemak status risiko yang terdapat pada aplikasi MySejahtera.

Pada ciapan rasmi Twitter KKM hari ini, terdapat 6 kumpulan yang perlu mengamalkan kuarantin kendiri di rumah.

  • Kontak Kasual dalam sistem MySejahtera
  • Person Under Surveillance (PUS)
  • Kes Suspek atau confirmed case
  • Menunggu Keputusan Ujian Saringan COVID-19
  • Kontak Rapat dan masih menunggu panggilan PKD
  • Kes Positif COVID-19 dan sedang menunggu panggilan PKD

Bagaimanapun, terdapat kekeliruan berhubung status Kontak Kasual di mana  sebelum ini, amalan kuarantin diri tidak perlu dilakukan sekiranya tidak bergejala.

Sebelum ini, KKM telah menggariskan 5 kategori sahaja, di mana Kontak Kasual masih dibenarkan memasuki Pusat Pemberian Vaksin.