Artikel

Kapasiti Penumpang Pengangkutan Awam Kini Dihadkan – Kepada 50% Sahaja

Selain ekonomi, sistem pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas dan LRT kini akan mengalami pengurangkan kapasiti penumpang. Hanya 50% kapasiti penumpang dibenarkan memasuki pengangkutan awam untuk suatu masa.

Tindakan ini diambil seperti penerapan ketika pelaksanaan PKP 1.0 Mac 2020 lalu. Ini bagi menjamin dan mengawal penjarakan fizikal antara orang awam.

Berkenaan kekerapan pengangkutan pula buat masa ini tiada sebarang perubahan. Kenyataan ini telah dimaklumkan pada sidang khas sebentar tadi MKN bersama KKM. Bagaiamanpun, mengambil kira penutupan operasi sektor ekonomi sehingga jam 8 malam, berkemungkinan akan memberi kesan kepada masa penjadualan perkhidmatan pengangkutan awam.

Orang awam diminta untuk menyemak semula untuk penjadualan pergerakan harian anda. Maklumat lanjut akan menyusul.