Artikel

Pemakaian Pelitup Muka Wajib Di Bawah Akta 342, Sekiranya Tidak Dipatuhi Akan Didenda – MKN

Mengulas lanjut persoalan tentang pemakaian pelitup muka, Dato’ Sri Ismail Sabri – Menteri Kanan (Keselamatan) menegaskan ia adalah wajib. Perkara ini telah termaktub di bawah Akta 342, berdasarkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Mana-mana individu yang memakai niqab atau face shield, adlah wajib untuk turut memakai pelitup muka. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah perundangan negara apatah lagi ketika krisis kesihatan sedang berlaku.

Maka kerjasama semua pihak dalam memahami isu ini amat penting. Sekadar memakai face shield juga tidak memadai untuk memutuskan rantaian COVID-19. Kepentingan pelitup muka adalah keutamaan semua pihak.