Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang khas hari ini (22 Mei) merayu kepada semua pihak untuk mempertingkatkan kawalan pematuhan SOP negara selama 2 minggu.
Keberhasilan pematuhan ini akan membantu sistem kesihatan negara mendepani penularan COVID-19 yang telah sedia berlaku.
Untuk makluman, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) pada peringkat negeri kini di paras 91%, sementara 113% pula di Lembah Klang sahaja.
Pada masa yang sama, mengulas lanjut berhubung ujian saringan secara meluas wajar dilakukan oleh orang awam. Sama ada menerusi platform percuma atau swasta tindakan ini akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti kedudukan kes positif. Khususnya kepada individu yang diklasifikasikan sebagai Silent Carrier.
Tegas DG Noor Hisham – penularan COID-19 hanya berlaku disebabkan ketidakpatuhan individu yang melakukan pergerakan. Ini kerana individu yang berupaya berbuat sedemikian, virus tidak mampu menular sekiranya orang awam tidak bergerak secara berleluasa. Malah kehadiran varian baharu telah meningkatkan lagi risiko penularan.